Saturday, August 30, 2008

KEMATIAN DI TANJUNG 4

Tengah hari tadi dikejutkan dengan berita menyayat hati. Seorang kanak-kanak berusia 13 tahun meninggal dunia akibat gangrene. Allahyarhamah adalah anak kepada Abang Din yang baru sahaja berpindah ke rumah corner di Jalan Tanjung 4 lebih kurang sebulan lepas. Menurut seorang lagi anak Abang Din, belum sempat pun kanak-kanak itu didaftarkan di sekolah SMKBS.
Kepada Abang Din dan keluarga, tabahkan hati dan kuatkan Iman. Semoga rohnya diberkati Allah swt.

Monday, August 18, 2008

WAJAH BARU TANJUNG KITA

Wah! Semakin canggih nampaknya Tanjung kita. Dengan wajah kontemporari, tidak sah rasanya kalau tak mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa penduduk kita.
Tapi, bila nak buat teratak atau tempat melepak penduduk di tepi pondok security?
Sebelum pejabat security dicat semula, ada tertera 1hb Ogos 2005 sebagai tarikh kawalan keselamatan dikuatkuasa.
Bererti dah tiga tahun dah kita bersatu menjaga kawasan kita. Walaupun terdapat beberapa kes kecurian, adalah dirasakan keadaan akan menjadi bertambah buruk jika tak ada kawalan keselamatan.
Marilah kita sama-sama "watch out for each other". Pak Guard seorang tak boleh kawal satu kawasan. Jadi, kitalah jadi mata dan telinga jiran tetangga ye.
Haji Wan...jangan lupa. Pondok melepak kita kena cepat!