Saturday, August 30, 2008

KEMATIAN DI TANJUNG 4

Tengah hari tadi dikejutkan dengan berita menyayat hati. Seorang kanak-kanak berusia 13 tahun meninggal dunia akibat gangrene. Allahyarhamah adalah anak kepada Abang Din yang baru sahaja berpindah ke rumah corner di Jalan Tanjung 4 lebih kurang sebulan lepas. Menurut seorang lagi anak Abang Din, belum sempat pun kanak-kanak itu didaftarkan di sekolah SMKBS.
Kepada Abang Din dan keluarga, tabahkan hati dan kuatkan Iman. Semoga rohnya diberkati Allah swt.

Monday, August 18, 2008

WAJAH BARU TANJUNG KITA

Wah! Semakin canggih nampaknya Tanjung kita. Dengan wajah kontemporari, tidak sah rasanya kalau tak mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa penduduk kita.
Tapi, bila nak buat teratak atau tempat melepak penduduk di tepi pondok security?
Sebelum pejabat security dicat semula, ada tertera 1hb Ogos 2005 sebagai tarikh kawalan keselamatan dikuatkuasa.
Bererti dah tiga tahun dah kita bersatu menjaga kawasan kita. Walaupun terdapat beberapa kes kecurian, adalah dirasakan keadaan akan menjadi bertambah buruk jika tak ada kawalan keselamatan.
Marilah kita sama-sama "watch out for each other". Pak Guard seorang tak boleh kawal satu kawasan. Jadi, kitalah jadi mata dan telinga jiran tetangga ye.
Haji Wan...jangan lupa. Pondok melepak kita kena cepat!

Wednesday, July 30, 2008

IDEA BERNAS

Satu idea yang bernas dari Haji Nordin. Ketika kami melepak selepas gotong-royong tempoh hari, penduduk veteran ini telah menyuarakan satu idea yang tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. In fact, kami terus memberi sokongan padu, termasuk beberapa orang ahli jawatankuasa persatuan penduduk. Antara mereka yang hadir ketika itu ialah Shamsuddin (bendahari) dan Haji Nordin Jr.
Haji Nordin senior telah mencadangkan untuk didirikan sebuah teratak di tepi pondok guard untuk kam melepak tak kira waktu.
Boleh jugaklah yang melepak itu membantu mengawal kemasukan orang ramai di dalam kawasan Tanjung.
Bolehlah jugak kami menukar-nukar gossip dan memeriahkan lagi Tanjung kita yang dingin sedikit.
Haji Nordin senior mungkin akan menjadi penunggu tetap di situ. Maklumlah orang dah pencen.
Kita yang muda-muda ini berjanji akan menemani beliau di situ di waktu lapang. Bagus jugak disediakan cerek dan serbuk teh dan kopi untuk kami minum petang, malam atau pagi.
Sekarang ni, terpulang kepada persatuan untuk menjayakan hasrat murni Haji Nordin Sr ini. Semoga ia berjaya.
Haji Wan? Apalagi!

Tuesday, July 29, 2008

SECURITY CHECKS FROM AUG 1

Is it on? Is everything in order? Has everyone got his/her car sticker(s)? Is security going to be tighter from Aug 1? If the answer is YES to all the questions, well, I am glad. We can expect better security, even if the rules are only applicable from midnight to morning. Everyone should cooperate, including non-members as the system would surely be able to thwart any attempt by criminals to penetrate into Tanjung. Hoping for the guards to be wide awake to ensure the post is manned and at the same time ensuring the perimeter is safe from enemies. I am all for the system to be implemented as this will actually strike fear into the hearts of would-be intruders. I start my day late and naturally I come home late at night or in the wee hours. I make it a point to take a leisure drive along lanes at random. Just in case. So, if you notice a gold NazaRia cruising along your road at night, be assured it is me. That's my contribution to the neighbourhood. For those who have yet to get their stickers, I was told Somu, the chief guard, will be able to help.

Saturday, July 26, 2008

WELCOME

Badrolhisham Bidin. Inilah saya dan blog ini ialah sumbangan saya untuk kesejahteraan dan semangat setiakawan di kalangan penduduk-penduduk kawasan Tanjung, Bukit Sentosa, Rawang.
Semoga dengan adanya blog ini, kita yang selalu sibuk bekerja mencari rezeki ini dapat berkomunikasi di antara kita walaupun jauh mata memandang. Saya akui saya jarang bertemu dengan jiran tetangga walaupun disebelah atau di hadapan rumah. Tetapi itulah hakikatnya. Kita mencari rezeki bukannya dekat, tetapi ramai di antara kita yang setiap hari memandu sehingga lebih 100km untuk ke pejabat.
Tetapi bagi saya, itu tidak semestinya mematikan semangat untuk terus menikmati keamanan di kawasan ini bersama-sama.
Marilah kita menggunakan kemudahan yang ada untuk jalan kebaikan.
Jika ada di antara kita yang ingin memaklumkan sesuatu tetapi mungkin sibuk, gunakanlah blog ini untuk menghebahkan berita baik dan buruk untuk makluman bersama.
Tuan-tuan dan puan-puan digalakkan untuk menziarahi blog ini dan memberi sebarang komen.
And oh! This is a bilingual blog. You are free to post comments in both Bahasa Malaysia and English.
For enquiries, I am available at badcute@gmail.com or 0193363380. Anytime