Satu idea yang bernas dari Haji Nordin. Ketika kami melepak selepas gotong-royong tempoh hari, penduduk veteran ini telah menyuarakan satu idea yang tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. In fact, kami terus memberi sokongan padu, termasuk beberapa orang ahli jawatankuasa persatuan penduduk. Antara mereka yang hadir ketika itu ialah Shamsuddin (bendahari) dan Haji Nordin Jr.
Haji Nordin senior telah mencadangkan untuk didirikan sebuah teratak di tepi pondok guard untuk kam melepak tak kira waktu.
Boleh jugaklah yang melepak itu membantu mengawal kemasukan orang ramai di dalam kawasan Tanjung.
Bolehlah jugak kami menukar-nukar gossip dan memeriahkan lagi Tanjung kita yang dingin sedikit.
Haji Nordin senior mungkin akan menjadi penunggu tetap di situ. Maklumlah orang dah pencen.
Kita yang muda-muda ini berjanji akan menemani beliau di situ di waktu lapang. Bagus jugak disediakan cerek dan serbuk teh dan kopi untuk kami minum petang, malam atau pagi.
Sekarang ni, terpulang kepada persatuan untuk menjayakan hasrat murni Haji Nordin Sr ini. Semoga ia berjaya.
Haji Wan? Apalagi!
Wednesday, July 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment